A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Saturday, 21 April 2007

Kepentingan Proten dalam Gaya Hidup Sihat - Dr. Othman Suleiman

Dr. (Othman Suleiman) mendapat banyak feedback berkenaan “proten powder” yang boleh dan tidak boleh kita ambil semasa proses menurunkan berat badan. Memang banyak sekali anggapan yang salah tentang proten ini. Ada yang terus sahaja membeli proten yang banyak terdapat di farmasi tanpa melihat label atau merujuk kepada doktor. Akibatnya mereka terbeli yang tidak sesuai dan membazirkan wang sahaja.

Sekiranya hendak membeli “proten powder” di farmasi, carilah yang kandungan lemaknya kurang dari 25% iaitu 25gm bagi setiap hidangan 100gm. Biasanya proten akan datang dengan kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya kita mengambil proten dengan lemak yang tinggi, maka ini akan menyukarkan proses menurunkan berat badan kerana lemak akan memberikan kalori yang tinggi. 1 gram lemak akan memberikan 8 kalori tenaga berbanding proten dan karbo yang memberikan hanya 4 kalori.

Disini, Dr. kepilkan “proten powder” yang terbaik yang Dr. gunakan dalam proses penurunan berat ini. Tak payah susah-susah dan membazirkan wang untuk mencari pengganti “proten powder” yang lain kerana tiada yang setanding dengan yang Dr. gunakan. Dr akan hantarkan melalui pos kepada sesiapa yang minta dan “bank in” kan bayaran ke akaun.

Untuk menerangkan kepentingan proten ini sila baca pelajaran di bawah ini:-

Proten terdapat dalam semua sel badan kita. Dengan protenlah kita dapat membesar selepas kita dilahirkan. proten menjadi struktur utama bagi semua organ seperti, kulit, rambut, kuku dan tulang. Proten juga bahan mentah utama untuk membuat enzim penting untuk fungsi penghadaman hingga ke pembiakan. Proten amat penting untuk membuat neurotransmiter yang berfungsi dan memberi kesan pada fikiran dan mood. Proten juga adalah bahan asas penting dalam sistem imun kita untuk menghalang jangkitan kuman dan kanser.

Tiada proten, tiadalah kehidupan. Badan manusia adalah hasil gabungan lebih 100,000 jenis proten yang berasingan. TUBUH KITA TIDAK BOLEH MEMBUAT PROTEN. Kita mesti mengambilnya dari luar untuk menggantikan proten yang rosak dan hilang.

Perkataan proten berasal dari bahasa Greek bermaksud "yang pertama sekali". Air adalah unsur yang terbanyak dalam badan kita. Yang keduanya adalah proten. Ia membentuk 15-20% dari berat badan kita. Kalau kita buangkan semua air dalam badan “berat kering”, 50% dari berat kita adalah proten itu sendiri. Terdapat lebih 100,000 jenis proten dengan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Cuba kita lihat sebahagian dari fungsi utama protin seperti di bawah:-

Sistem imun dan pertahanan
Proten adalah komponen utama leukosit atau sel darah putih yang melawan bakteria. Ini bermakna protin sangat penting untuk melawan penyakit. Proten juga amat diperlukan untuk membuat antibodi yang meningkatkan daya tahan badan terhadap serangan virus dan sel kanser.

Kulit dan rambut yang sihat
90% dari kulit dan rambut kita adalah proten. Kekurangan proten mengakibatkan rambut menjadi rapuh dan juga kulit menjadi berkedut.

Tahap tenaga
Semua enzim dibuat dari proten. Enzim sangat penting dalam proses menukarkan makanan kepada tenaga. Enzim juga adalah penggalak kepada reaksi kimia dalam badan. Oleh itu kekurangan proten menjadikan banyak Enzim tidak dapat dibuat atau berfungsi dengan baik dan menjejaskan pengeluaran tenaga. Proten juga menjadi bahan asas untuk membuat hormon yang mengawal kadar metabolisma, tahap gula dalam darah, hormon seks lelaki dan wanita, dan sebagainya. bayangkan kekurangan proten akan memberi kesan kepada semua ini.

Pembesaran dan baik pulih
Proten sangat penting untuk pembentukan tisu baru dan mengantikan tisu lama yang telah mati. Kita memerlukan tisu baru sekiranya kita luka, terbakar, lepas pembedahan atau lepas memotong rambut dikedai. Semua tisu ini tidak dapat diganti tanpa proten.

Keseimbangan
Proten juga memainkan peranan penting dalam menyimbangkan banyak unsur dalam badan seperti air kerana proten mempunyai keupayaan menyerap air, jadi ia penting dalam mengekalkan kandungan air badan. Proten juga penting untuk pengangkutan unsur seperti garam, potasium dan garam galian lain ke dalam dan keluar sel.

Komponen darah
Proten adalah komponen yang paling utama dalam sel darah merah dan cecair darah yang dipanggil plasma. Proten amat penting dalam pembentukan sel darah merah yang baru kerana sel itu hanya boleh hidup selama 3 bulan sahaja.

Untuk menjalankan tugasnya proten yang kita makan akan di pecahkan dan dijadikan komponen asas yang di panggil asid amino. Dari unit-unit asas asid amino inilah badan membuat proten baru yang berjenis-jenis bergantung kepada keperluan dan fungsi tisu itu.

Amino asid dipanggil blok asas proten. Walaupun terdapat lebih 100,000 jenis proten, tetapi blok asasnya hanya ada 22 jenis sahaja. Ini adalah 22 jenis asid amino yang berlainan. Dari 22 asid amino inilah badan membuat proten yang berlainan bergantung kepada jumlah rantaian, jenis asid amino dan susun atur asid amino itu sendiri.

Hubungan asid amino dengan proten samalah dengan hubungan huruf atau alfabet dengan perkataan. Kita hanya mempunyai 26 huruf dari A hingga Z. Dari 26 huruf inilah kita gabungkan hingga mendapat berjuta-juta perkataan yang membentuk bahasa kita.
dari amino asid inilah kita mendapat komponen sel. Tisu, hormon dan sebatian aktif yang lain.

Keperluan Proten:-


Berapa banyakkah proten yang perlu kita ambil?
Proten sepatutnya adalah salah satu komponen besar makanan harian kita. 15% dari apa yang kita makan setiap hari sepatutnya dari proten dan sebaiknya proten rendah lemak.
Bagi setiap orang keperluan proten memang berbeza mengikut jisim badan, aktiviti fizikal, umur dan peringkat kehidupan. Pada puratanya kita memerlukan 1 gram proten bagi 1 kilogram berat badan. Berikut ini Dr. sertakan jadual keperluan proten mengikut kajian “food and nutritional board USA”.

Jadual yang berikutnya menunjukan contoh makanan dan perbandingan kandungan proten di dalamnya.

Sekali pandang kita dapat melihat proten dari haiwan nampaknya lebih hebat kerana kandungan protennya yang tinggi. Walaupun begitu badan kita sebenarnya tidak dapat membezakan dari sumber manakah proten itu kita ambil.

Daging haiwan memang sumber proten yang baik, tetapi pada zaman ini terdapt banyak bahan-bahan lain yang ditambahkan ke dalam daging haiwan semasa ternakan. Contohnya, antibiotik, hormon untuk ayam, racun serangga, racun rumpair yang dimakan oleh haiwan bersama rumput di ladang. mungkin anda pernah mendengar sejenis ubat yang di panggil beta agonist yang di bubuh bersama makanan lembu, terutamanya yang di import. ubat ini akan menjadikan haiwan itu sangat gemuk dan dagingnya gebu. Tetapi apabila kita makan sebahagian dari kita yang alah akan mendapat cirit birit, muntah, sakit perut dan ada yang sakit dada seperti serangan jantung, jantung berdebar dan sebagainya.

Sebab itulah ramai orang sekarang mendapat penyakit kulit dan gatal, alahan tanpa diketahui sebabnya, dulu tak ada tapi sekarang ada, dan kita tertanya-tanya dari mana datangnya penyakit itu.

Susu juga adalah salah satu sumber proten yang baik. tetapi masalah timbul kerana susu yang baik mestilah di pasteurkan, dan kebanyakan susu juga mempunyai kandungan lemak yang tinggi, dan tidak tahan lama dalam simpanan.

Akhirnya proten soya telah mendapat reputasi sebagai sumber proten yang sehat dan selamat. Proten soya tidak mengandungi lemak yang tinggi seperti yang terdapat dalam daging dan susu. Ia juga adalah pilihan yang paling baik bagi mereka yang alah pada laktos yang terdapat dalam susu dan juga mereka yang vegetarian.

Proten soya juga mengandungi sebatian tumbuhan yang dipanggil isoflavinoids yang amat berguna dalam menentang penyakit. Kacang soya telah menjadi sumber makanan utama masyarakat asian sejak berkurun dan berakar umbi dari Jepun dan Cina. Ini terbukti sejak dari abat ke 15 sebelum masehi dimana masyarakat Cina memanggil kacang ini sebagai 'sou'. Sekarang orang cina memanggil kacang soya sebagai 'ta-tou' ia itu “kacang agung”.

Kacang soya kaya dengan proten, serat, mineral seperti zat besi, vitamin B kompleks. Lemak dan sebatian isoflavinoids. Ia adalah makanan vegitarian yang sangat lengkap dengan semua amino asid penting untuk keperluan kanak-kanak dan dewasa. Lemak dari soya adalah lemak tak tepu dan tinggi dalam asid lemak esential. Kedua asid lemak ini penting dalam pencegahan sakit jantung dan koronory artery.

Kajian-kajian kesihatan telah membuktikan bahawa masyarakat asian yang menjadikan soya sebagai makanan utama menunjukan kadar yang rendah dalam penyakit jantung, kanser payu dara,dan kesan menapouse seperti hot flushses dan peluh waktu malam berbanding masyarakat barat.

Soya dan kesihatan wanita:-
Perubahan hormon wanita semasa menapos boleh menjadikan wanita berisiko mendapat sakit jantung dan reput tulang “osteoporosis” kacang soya mengandungi sebatian kimia yang hampir sama dengan estrogen yang dipanggil phytoestrogen dalam bentuk isoflavinoids ia itu genistein, daidzein dan glycetin. Bahan-bahan ini akan bertindak seperti estrogen dan mengurangkan kesan dan risiko semasa menapos.

Makanan soya yang di ambil oleh penduduk asian mengandungi lebih kurang 24 ke 45 miligram isoflavinoids sehari. jepun pula mengambil 200miligram sementara usa dan kanada mengambil hanya 5 milligram. Ini amat bersesuaian dengan kajian bahawa wanita Jepun amat jarang mendapat kesan menapos dan kurang risiko penyakit jantung dan osteoporosis dan mempunyai jangka hayat lebih lama berbanding rakan mereka dari barat.

Soya dan kesihatan jantung:-
Pengambilan 25 gram soya sehari telah tebukti menurunkan kadar kolesterol darah dan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Lemak yang terdapat pada soya adalah terdiri dari lemak tak tepu dan essential fatty acids yang amat penting untuk kesihatan jantung.

Kacang soya mengandungi sebatian yang dipanggil isoflavinoids seperti yang saya beritahu di atas. sebatian inilah yang menjamin kacang itu sentiasa sihat dan jauh dari penyakit. 1 1/2 cawan tahu membekalkan 40 miligram isoflavinoids sementara 1 cawan susu soya asli membekalkan 20 miligram isoflavinoid. Apabila susu soya ini di proses dikilang untuk dikotak atau ditinkan, ia akan kehilangan kebanyakan sebatian ini. Sebab itu lebih baik ia di ambil secara asli.

Soya boleh diambil dalam banyak bentuk seperti susu soya, tahu, tempeh, kacang, serbuk protin soya dan burger soya.

Berapa banyak yang perlu dimakan? 25-50 gram sudah mencukupi seperti yang di anjurkan oleh FDA. Ini bersamaan 10oz tahu atau 4-7 cawan susu soya. Tetapi jangan makan sekali dengan serat seperti sayur atau buah kerana ini akan menganggu penyerapan soya itu.

Perlu diingatkan di sini proten dari soya yang di ambil juga akan di hadamkan dan diproses oleh hati kita dan salah satu hasilnya ialah urea yang akan dibuangkan melalui buah pinggang. bagi mereka yang berpenyakit gout, eloklah berhati hati dan mengambil setakat yang boleh diterima olah bandan. Ini juga akan menyebabkan kita mengeluarkan lebih sedikit air dari badan dan beserta air ini juga kalsium akan di keluarkan. Oleh yang demikian penting bagi kita meningkatkan pengambilan kalsium dalam diet. Kita tidak perlu bimbang jika mengambil serbuk protin yang saya lampirkan disini kerana ianya memang telah ditambahkan dengan kalsium secukupnya untuk mengimbangi hal ini.

Bagaimana kita mengukur kualiti proten yang kita ambil?

Adalah mudah bagi ahli sains mengukur jumlah kandungan proten yang ada dalam makanan, tetapi mengukur kualiti proten termasuk jenis dan kuantiti amino asid yang berada dalamnya agak rumit dan sukar.

Salah satu cara menganggar kualiti proten ialah dengan menganalisa kandungan amino asid dan membandingkannya dengan profil standard yang di anjurkan oleh pertubuhan makanan dan pertanian dan pertubuhan kesihatan sedunia WHO. Profil yang standard ini diiktiraf seluruh dunia.

Perbandingan biasa yang digunakan dipanggil nisbah kecekapan protin atau protein efficiency ratio PER. Ujian menunjukan PER bagi protin susu ialah 2.5 . Jadi apa-apa proten yang mempunyai PER 2.5 keatas adalah diiktiraf sebagai protin berkualiti tinggi.

Cara lain ialah apa yang dipanggil nilai biologi atau biological value BV. Ini lebih tepat dari PER tetapi cara mengujinya lebih sulit. Ujian BV bagi proten nutrilite adalah 81% berbanding daging lembu 75% dan susu 85%.

Satu lagi cara penting menilai kualiti proten ialah dengan menilai tahap keboleh hadhaman proten itu sendiri atau 'PROTEN DIGESTIBILITY CORRECTED AMINO ACID SCORE (PDCAAS). Inilah ujian terkini yang diguna pakai oleh WHO atau World Health Organisation.



Sila lihat attachment ujian PDCAAS score yang dilampirkan. Menggunakan cara ini protin nutrilite mendapat skor 1.0 iaitu skor tertinggi yang maksimum boleh dicapai oleh sebarang protin. inilah cara termudah kita mendapat secukupnya protin berkualiti tinggi dalam diet kita. Ia mengandungi kadar kolesterol yang amat sedikit. kurang dari 5% lemak dan 80% proten dengan nilai biologi yang amat tinggi.

Kesimpulannya, nutrilite telah memberikan kita satu makanan proten untuk kesihatan yang terlalu tinggi mutunya yang disahkan oleh WHO. mutu ini way too advance dengan apa sahaja proten powder yang lain. Saya hairan, dengan kajian yang begitu mendalam, advance dan disahkan oleh WHO, masih ramai orang yang naif, mengambil sikap sambil lewa dan menjadikan suatu yang begitu mudah sebegini, menjadikannya terlalu susah dan merugikan diri sendiri. Kalau saya sendiri sebagai seorang doktor yang mempunyai 100% assesibility to all the research and knowledge tentang ini kagum dengan kualiti nutrilite, mengapa anda sebagai pengguna teragak-agak dan sanggup mengambil risiko dengan mencuba yang lain yang akhirnya merosak dan merugikan diri sendiri . Renungkanlah

Dr. Othman Suleiman - Port Dickson (012-6236389)

No comments:

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy