A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Sunday, 15 April 2007

Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik amat diperlukan di Jabatan Pelajaran Negeri

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) telah ditubuhkan di bawah Ordinan Pendidikan 1950 bertujuan mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengurus, menyelaras dan merancang pembangunan pendidikan di setiap negeri berkaitan aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di setiap negeri.

Dibawah pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri terdapat beberapa sektor yang bertindak serta berfungsi melicinkan urusan pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri dalam urusan pentadbiran dan perancangan pembangunan sekolah-sekolah di setiap negeri masing-masing. Bidang tugas sektor dan pengkhususan tugas penjawat di sektor adalah terpulang mengikut kepada kesesuaian dan keperluan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa sebelum perancangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menempatkan Pegawai dari skim perkhidmatan terbuka iaitu Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik ke Jabatan Pelajaran Negeri, jawatan/ “post” di JPN menjadi rebutan bagi para guru dari skim perkhidmatan DG dalam amalan sistem kenaikan pangkat para guru dan perancangan kerjaya mereka.

Walau bagaimanapun, jika dinilai semula akan bidang tugas utama para guru dari skim perkhidmatan tertutup DG dengan bidang teras tugas di JPN ianya adalah amat berbeza sekali. Berbanding tugas para guru di sekolah yang bersifat mendidik dan pembangunan insaniah, jawatan di JPN pula adalah bersifat “managerial office” atau pengurusan pentadbiran yang mana ianya adalah berlawanan sifat dari teras profesion peguruan.

Jawatan utama di Jabatan Pelajaran Negeri yang menjadi rebutan para guru adalah dari jawatan/ “post” yang bertanggung jawab penuh berkuasa memantau, memilih, merancang dan menguruskan peruntukan kewangan yang diterima oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri.

Seperti yang diketahui umum, bidang pendidikan atau pembangunan insan diberi perhatian utama dalam mana-mana Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Sebagai contoh dalam Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 di dewan rakyat pada 31 Mac 2006 yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 284 juta ringgit dalam pembangunan “Sekolah Bestari” dan RM 1.51 bilion dalam perancangan program sekolah berkomputer di setiap sekolah kebangsaan di seluruh negara.

Bajet tersebut jelas menyatakan akan pentingnya bidang tugas di Jabatan Pelajaran Negeri melalui sektor yang terlibat secara langsung menguruskan peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan bagi disalurkan ke sekolah-sekolah dalam merealisasikan pelan pembangunan pendidikan negara. Maka wajarlah jawatan seumpama yang melibatkan tanggung jawab penuh seorang penjawat awam diserahkan kepada skim perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan pentadbiran dan bukan dari para guru yang teras profesion utama adalah mendidik dan bukan “managerial office”.

Saya percaya golongan guru yang memegang jawatan atau “post” di Sektor Pengurusan Perkhidmatan & Kewangan yang lalu telah menjalankan tugas dengan baik. Walau bagaimanapun, teras utama profesion perguruan dari skim perkhidmatan tertutup DG adalah menyimpang daripada sasaran kerja tahunan sektor di JPN berkenaan yang jelas bertanggung jawab menguruskan pentadbiran, perbelanjaan kewangan dan pembangunan infrastruktur fizikal sekolah-sekolah di bawah jagaan JPN masing-masing. Jawatan yang bersifat pengurusan pentadbiran atau “managerial office” adalah lebih bersesuaian untuk diserahkan kepada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang boleh menjalankan tugas dengan lebih berfokus manakala para guru boleh menumpukan perhatian penuh kepada tugas teras mereka iaitu sebagai pendidik.

Di Jabatan Pelajaran Negeri juga terdapat sektor yang bertanggung jawab penuh menguruskan pembangunan modal insan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terdiri daripada para guru dari skim DG dan anggota perkhidmatan gunasama seperti tadbiran dan sokongan. Perlu diingatkan bahawa para guru adalah “subservient” atau tanggung jawab penuh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Kerajaan Persekutuan dan bukan Jabatan Pelajaran Negeri tempat para guru bertugas.

Dalam menguruskan kebajikan dan masalah berkaitan perkhidmatan para guru, penjawat jawatan di JPN di Sektor Perkhidmatan Perguruan atau Sektor Pengurusan Sumber Manusia perlu bersifat berkecuali dalam mengendalikan proses kenaikan pangkat, tatatertib dan pertukaran tempat bertugas para guru di bawah jagaan JPN masing-masing. Tidak sesuai difikirkan jika mereka yang memegang jawatan di sektor berkenaan terdiri daripada skim perkhidmatan tertutup DG dalam menguruskan permohonan pertukaran, masalah tatatertib dan kenaikan pangkat rakan-rakan mereka dari perkhidmatan yang sama tanpa prejudis atau masalah “bias”. Ini di tambah lagi dengan teras utama profesion perguruan yang bersifat sosial mendidik dan bukan terlibat secara serius dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan atau perancangan pembangunan sumber manusia di Jabatan Pelajaran Negeri.

Isu yang ditimbulkan oleh banyak pihak akan berlakunya penyekatan proses kenaikan pangkat dikalangan para guru ke jawatan atau gred yang lebih tinggi adalah tidak benar sama sekali malah apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hujah yang menyokong pernyataan ini adalah, apabila pegawai dari skim Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik mengambil alih tugas di JPN, perancangan pembangunan kerjaya para guru akan dilakukan dengan lebih kemas dan lebih teratur.

Jabatan Perkhidmatan Awam bersama Kementerian Pelajaran Malaysia akan merangka jawatan khas bagi para guru dari skim perkhidmatan pelajaran DG bagi membentuk jawatan guru pakar, guru cemerlang dan guru khas bertujuan untuk mendidik pelajar di sekolah-sekolah dengan lebih efisien dan cekap. Imbuhan dan emolumen akan dibayar mengikut gred pangkat dan kepakaran para guru tersebut.

Amatlah rugi jika difikirkan apabila seorang guru yang berpengalaman dan cemerlang dalam melakukan tugas mereka tidak lagi boleh mendidik apabila berlaku proses kenaikan pangkat dengan ditugaskan melakukan kerja yang tidak melibatkan profesion utama perguruan di Jabatan Pelajaran Negeri. Memikirkan akan masalah tersebutlah, maka Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam merangka cadangan dan transisi tepat dengan meletakkan perkhidmatan gunasama bagi menggantikan para guru di sektor-sektor tertentu Jabatan Pelajaran Negeri.

Perlu di ingatkan juga bahawa berlaku kekeliruan pemahaman akan matlamat utama cadangan ini dengan para guru yang telah bersara atau masih dalam perkhidmatan. Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia hanya mencadangkan 3 sektor utama di ambil alih tugas oleh skim Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik dan bukan semua jawatan atau sektor di JPN seperti yang difahamkan oleh banyak pihak.

Hanya sektor yang jelas terlibat secara langsung menguruskan kewangan, perolehan, perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang tiada kaitan langsung dengan bidang profesion perguruan akan di ambil alih oleh Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik ini dan bukan semua sektor yang disenaraikan di JPN. Sektor yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aspek perguruan seperti Pengurusan Sekolah, Pengurusan Akademik, Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral akan masih lagi dipegang oleh skim perkhidmatan tertutup para guru dari gred DG. Jawatan pengetua dan guru besar sekolah juga masih akan di pegang oleh oleh para guru dari gred perkhidmatan DG.

Dalam membina modal insan yang cemerlang serta mempunyai nilai pengetahuan yang tinggi, kedua-dua skim perkhidmatan ini (Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik dan Perkhidmatan Perguruan) perlulah bekerjasama di Jabatan Pelajaran Negeri bagi membina suasana membina dan efisien di sekolah dan bukan bertelagah akan hak benar Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meletakkan perkhidmatan gunasama di JPN. Amatlah rugi jika difikirkan apabila mereka yang layak secara merit tidak dapat diletakkan ditempat yang sepatutnya berdasarkan hanya kepada “emotional consent” para guru dan bukan kepada pemikiran membina/ “constructive thinking” yang sepatutnya ada pada jiwa para guru.
Oleh : Ahmad Syah Ejaz Hj Ismail

2 comments:

thinker bell said...

this is such a serious write up. cant manage to read it through.
anyways, i havent started on the world is flat. currently on 'code book' . a good one indeed. will do the world is flat real soon.

Tun Teddy said...

dear bell,

the world is flat is book which must be read by all modern ppl and I do hope u'll finish reading it up for ur own self development.

and after that perhaps u can try the new book title the reluctant politician - Tun Dr. Ismail!

reading takes u anywhere!

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy