A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Monday, 31 March 2008

MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG DAN INFLASI DUNIA

MENANGANI MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG DAN INFLASI DUNIA

Oleh : Ahmad Syah Ejaz Bin Hj. Ismail

Di dalam suasana ekonomi dunia yang berubah-ubah dan tidak menentu, golongan peniaga dan pengguna di seluruh dunia merasai kesan kemelesetan ekonomi global dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang sedang berlaku. Di tambah lagi dengan masalah pengurangan nilai matawang dollar Amerika Syarikat yang berlaku dengan kadar yang cepat, ini menambahkan lagi masalah kenaikan harga barang apabila negara kita banyak mengimport barang-barang keperluan daripada negara-negara jiran menggunakan matawang dollar.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi ini memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, minyak masak, dan tepung. Inflasi ini juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian di pasaran.

Kenaikan harga minyak

Tidak dapat dinafikan antara faktor utama yang menyumbang kepada kadar inflasi yang tinggi di Malaysia adalah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Walau bagaimanapun saya berpendapat faktor ini bukan penyumbang utama kepada masalah inflasi yang berlaku ke atas barang-barang perlu di Malaysia. Faktor kenaikan harga minyak mentah merupakan hanya antara faktor sampingan yang menyumbang kepada masalah inflasi yang berlaku. Walaupun kenaikan harga minyak mentah dunia naik secara mendadak, kesan kenaikan tersebut sebenarnya masih lagi diserap oleh pihak kerajaan dengan subsidi petroleum bernilai 2.1 billion setiap bulan sedangkan trend kenaikan harga barang keperluan harian naik mengikut keperluan dan kehendak pengguna di pasaran.

Umum mengetahui kadar kenaikan harga minyak mentah yang tinggi terpaksa ditanggung oleh semua lapisan peniaga dan pengguna di Malaysia berbanding pada tahun 80an dan 90an. Penggunaan sumber bahan api berasaskan petroleum masih lagi merupakan sumber tenaga yang efisien dan menjimatkan berbanding sumber tenaga alternatif yang ternyata lebih mahal untuk dibangunkan dan digunakan seperti sumber tenaga berasaskan bahan makanan dari jagung, minyak sawit dan sebagainya. Malah, penggunaan sumber tenaga alternatif seperti ini akan menambahkan lagi masalah inflasi dengan meningkatkan harga barang-barang makanan pada kadar yang terlampau tinggi dan tidak dapat ditampung oleh semua pihak.

Dasar pasaran bebas

Negara kita mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan memegang kepada prinsip keterbukaan pasaran dalam masa yang sama bertindak melindungi kepentingan sesetengah syarikat besar pengeluar barang-barang keperluan harian utama di Malaysia. Dasar melindungi kepentingan syarikat pengeluar makanan seumpama seperti di atas adalah pada asasnya untuk membantu syarikat pengeluar makanan seperti ini untuk membentuk harga pasaran yang lebih tinggi dari margin keuntungan perbandingan dengan perbelanjaan kos pengeluaran.

Kaedah ini seterusnya boleh mendatangkan keuntungan terutamanya dalam aspek pengeluaran produk makanan dan pertanian yang tidak menguntungkan di dalam sistem ekonomi pasaran bebas. Dasar perlindungan dan kebergantungan kepada syarikat pengeluar bahan makanan utama ini adalah bagi memenuhi kehendak pengguna domestik sahaja dan keperluan masyarkat di dalam negara walaupun sistem pasaran bebas dikalangan pengeluar produk makanan dunia menawarkan harga yang lebih rendah dan kompetitif berbanding syarikat pengeluar makanan harian (gula, tepung, dan minyak masak) yang beroperasi secara domestik di Malaysia.

Ini menimbulkan masalah penyeludupan barang-barang perlu ke luar negara yang boleh dijual pada kadar yang lebih menguntungkan dan juga kekurangan barangan itu sendiri di dalam pasaran domestik apabila syarikat pengeluar ini mulai rugi dalam pengeluaran produk keperluan seumpama yang sebelum ini dipasarkan pada harga nominal sebagai memenuhi kehendak pengguna domestik dengan memegang kepada prinsip dan nilai tanggung jawab "national service".

Objektif sesuatu perniagaan

Kita tahu bahawa perkara pokok yang menjadi objektif utama syarikat perniagaan adalah keuntungan dan pengguna tidak boleh menyalahkan syarikat pengeluar kerana ingin mengaut keuntungan di dalam perniagaan atau operasi harian mereka kerana itu adalah prinsip utama mana-mana entiti perniagaan di dunia. Walau bagaimanapun, beberapa cara dan kaedah penyelesaian kepada kesan kenaikan inflasi yang tinggi mampu di implementasikan bagi mengurangkan kesan negatif masalah inflasi yang berlaku sekarang.

Antara cara penyelesaian utama yang boleh diambil kira dan diubah adalah pada rantaian pembekalan produk keperluan harian ini. Apabila kehendak dan keperluan pengguna domestik tidak dapat dipenuhi dan ditampung, maka berlakulah gangguan pada rantaian pembekalan barang-barang keperluan ini sehingga mengakibatkan inflasi yang tinggi dan lebih teruk lagi barangan keperluan ini tidak boleh diperolehi di dalam pasaran (jika ada hanya pada kualiti yang rendah).

Masalah inflasi yang berlaku kini tidak boleh disamakan dengan masalah inflasi yang berlaku pada era 80an dan 90an, ini adalah kerana masalah inflasi yang berlaku kini adalah berkait pada produk keperluan harian seperti gula, beras, susu dan tepung dan bukan pada barangan/ produk bersifat nilai intrinsik pengguna tertentu seperti barang-barang berjenama atau barang-barang yang menggambarkan kelas pendapatan bulanan. Ini dapat diterangkan apabila trend pembangunan ekonomi dunia pada masa kini jelas bergantung sepenuhnya kepada perbelanjaan pengguna (consumer spending) dan bukan kepada spekulasi pembangunan yang bergantung kepada pemberian kredit di bank-bank perdagangan untuk projek-projek dalam "intention mode". Berpandukan kepada prinsip pembangunan perbelanjaan pengguna di dalam sesebuah negara, semua negara di seluruh dunia mula menggalakkan dan merangka bentuk perancangan projek pembangunan yang menggalakkan perbelanjaan pengguna.

Perbelanjaan pengguna

Malaysia juga tidak harus terkecuali di dalam perancangan seumpama. Walaupun berlaku perubahan drastik kepada trend perbelanjaan pengguna di Malaysia yang dilihat bergerak rancak dengan pembukaan pasaraya besar (hypermarket) di bandar-bandar besar dengan menawarkan pelbagai produk barangan keperluan harian pada kadar yang rendah dibantu dengan perjanjian perdagangan bebas yang dimetrai oleh Kerajaan bersama syarikat asing pengedaran barangan luar negara.

Tindakan ini, walau bagaimanapun tersekat apabila negara bertindak melindungi sesetegah syarikat pengeluar domestik barangan keperluan harian seterusnya mengakibatkan pengguna di kawasan luar bandar terpaksa membayar lebih akan harga setiap produk yang ditawarkan apabila pembekalan barang-barang keperluan ini dialihkan ke kawasan bandar dimana penduduknya sanggup dan mampu membayar lebih dari harga yang ditawarkan dan mampu dibayar oleh penduduk di kawasan luar bandar.

Ini berlaku disebabkan pembekalan barang-barang keperluan ini (dikeluarkan oleh syarikat pengeluar tempatan) tidak dapat menampung kehendak dan keperluan pengguna di Malaysia yang semakin bertambah dan seterusnya mengakibatkan barang-barang keperluan seperti minyak masak dan gula tidak dapat diperolehi di kawasan luar bandar. Kesan kekurangan aliran produk atau keperluan barang-barang keperluan harian ini akan menambahkan lagi masalah aliran tunai apabila penduduk di kawasan luar bandar adalah terdiri daripada peniaga kecil-kecilan yang bergantung hidup kepada bekalan barang-barang keperluan harian ini dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka terutamanya aktiviti perniagaan harian mereka.

Nilai kuasa beli pengguna di Malaysia yang semakin mengecil dan berkurangan juga menyumbang kepada masalah inflasi yang berlaku. Walau pun angka nilai ringgit yang diterima semakin meningkat sebagai gaji bulanan pengguna di Malaysia, namun kesan inflasi yang tinggi mengakibatkan kuasa beli yang ada pada pengguna semakin berkurangan dan keadaan seumpama tidak menggalakkan perbelanjaan pengguna di dalam pasaran domestik di Malaysia.

Kaedah penyelesaian

Di dalam dunia globalisasi pasaran bebas, nilai kuasa beli pengguna menentukan pembangunan dan kerancakkan ekonomi negara. Sesetengah negara mempunyai kadar pendapatan bulanan yang tinggi seperti Luxembourg tetapi mempunyai kuasa beli pengguna yang rendah. Negara kita antara beberapa negara yang mempunyai kadar pendapatan bulanan yang rendah tetapi mempunyai kuasa beli pengguna yang tinggi. Walau bagaimanapun trend seumpama mulai berubah dengan berlaku peningkatan daya saing yang tinggi dari negara-negara jiran seperti Vietnam dan Thailand dan penduduk di negara jiran ini mula menggunakan kuasa beli yang ada pada mereka untuk menarik produk pasaran domestik Malaysia ke negara mereka secara haram.

Pengguna di Malaysia perlu digalakkan berbelanja dan menjadi kemestian untuk kerajaan menggalakkan perbelanjaan seumpama dengan menyediakan kehendak agregat (aggregate demand) yang selari dengan penambahan bilangan penduduk dalam negara serta selaras dengan perbelanjaan pengguna yang sentiasa meningkat. Jika kehendak agregat ini tidak dapat disediakan, maka inflasi akan berlaku dengan kadar yang tinggi dan tidak dapat dikawal serta masalah sorokkan barang-barang keperluan harian akan berlaku bertujuan untuk menaikkan harga barang tersebut lebih tinggi dari harga pasaran yang sepatutnya.

Di dalam sistem pasaran bebas, untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan bergerak ke hadapan, struktur pembekalan barang-barang keperluan harian ini perlu dikaji semula. Jika struktur sedia ada gagal untuk membekalkan barang-barang keperluan ini pada kadar atau kehendak serta keperluan semasa pengguna dalam masa yang sama pengeluar produk seumpama yang beroperasi di luar negara mampu untuk memberikan atau menyampaikan produk yang sama dengan kadar harga yang lebih rendah, maka semakan semula perlu dilakukan pada struktur tersebut. Malaysia ternyata sedang mengalami krisis identiti di dalam perubahan iklim ekonomi dunia.

Rakyat Malaysia perlu bertanyakan kepada mereka sendiri adakah mereka sudah bersedia untuk sistem ekonomi pasaran bebas yang memerlukan mereka berkorban dengan membayar lebih untuk mendapatkan keperluan harian mereka pada kualiti yang tinggi seperti penduduk negara-negara maju, dalam masa yang sama golongan peniaga perlu sedar keperluan untuk bersaing secara kompetitif. Kerajaan boleh membantu mengurangkan beban inflasi bukan lagi dengan cara orthodoks dengan memberikan subsidi secara terus dalam pelbagai bentuk subsidi bertujuan untuk mengurangkan harga barangan keperluan harian, kerana ini akan menambahkan lagi kesan buruk masalah inflasi yang sedang berlaku.

Apa yang Kerajaan mampu lakukan adalah dengan membina kemudahan infrastruktur yang menggalakkan perbelanjaan pengguna dan membantu mobiliti penduduk seperti projek pembangunan jalan raya dan keretapi laju. Perbelanjaan pembangunan seperti ini akan menambahkan keyakinan pengguna domestik untuk terus berbelanja dan meningkatkan sumber pendapatan selari dengan peningkatan ekonomi dunia dan mengawal kesan inflasi yang meningkat dari hari ke hari.

3 comments:

afif said...

Ejaz, kau punya cara dari dahulu kalau nak selesaikan masalah, pusing sana pusing sana, habis habis yang kau cadangakan pun kerajaan kena tingkatkan belanja. Takde cara lain dah ke dari nak mengabiskan duit pembayar cukai? Orthodox Keynesian betul la

If you practising deficit budget, it'll may boost national income in the short run. But you will need to pay for higher tax in the long run. Ok, maybe not tax, maybe toll rate, or less subsidies on fuel. Can you afford to drive your Red fat fuel guzzling Perdana if the fuel price keep increasing?

Captain Farah said...

yela afif,
kau sorang je yan pandai
anak mudaa :)

flip flop said...

thanks for giving me an idea about purchasing power and inflation..

you have many good points, but i think there is some immaturity in your essay...

have u made any study on how europe government handle inflation rate and purchasing power?

if not, u better make one to widen your perspective

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy