A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Wednesday, 6 August 2008

Evolusi Sistem Kapitalis di Malaysia

[Pada email saya yang terdahulu, ada yang meminta agar saya menulis apa-apa pendapat melalui email yang diedarkan kepada Kerajaan di dalam Bahasa Malaysia agar mesej yang ingin saya kongsi tersebut lebih mudah difahami dan diterima ramai. Pada email kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai keberkesanan sistem ekonomi kapitalis dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia dan saya akan menyentuh sedikit perubahan peranan KERAJAAN di dalam sistem ekonomi kapitalis ini.]

1. Kita semua adalah pengamal sistem kapitalis samada kita sedar ataupun tidak. Dalam menguruskan kehidupan seharian samada dalam melakukan kerja rasmi atau aktiviti yang tidak berkaitan bidang kerja, sistem kapitalis ini memberikan pengaruh yang besar dalam pencapaian taraf hidup yang dikecapi sekarang.

2. Bagi kalangan masyarakat negara maju, sistem ekonomi kapitalis adalah sistem fait accompli dan sudah tidak didebatkan lagi. Tetapi bagi masyarakat di negara-negara membangun dan negara miskin, sistem ini masih dipandang negatif. Email yang saya tulis ini adalah bertujuan untuk membetulkan tanggapan ini dan menerangkan secara umum potensi dan peranan sistem kapitalis dalam membina kekayaan dan peningkatan taraf hidup sesebuah masyarakat.

3. Sistem ekonomi kapitalis terbukti berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Walaupun berkhidmat sebagai penjawat awam, kita tidak terkecuali di dalam mengamalkan sistem ini. Antara bukti kenyataan tersebut adalah apabila kita membuat tuntutan kewangan samada perjalanan, lojing, elaun-elaun tertentu (makan, gangguan, lebih masa) dalam tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan. Malah sistem kenaikan pangkat dan perbezaan bayaran gaji bulanan yang berbeza mengikut gred perjawatan dan kelulusan akademik juga adalah bukti amalan sistem kapitalis di dalam sistem pengurusan sumber manusia yang diamalkan oleh pihak kerajaan.

4. Sistem kapitalis ini terbukti berkesan meningkatkan produktiviti, memotivasikan diri dalam melakukan kerja dan membantu didalam melancarkan perjalanan tugas seharian serta berfungsi secara tidak langsung dalam meningkatkan esteem diri sebagai penjawat awam. Cuba bayangkan didalam sistem komunal yang hanya menekankan tanggung jawab sebagai penjawat awam untuk bersikap nasionalis tetapi tidak dimotivasikan dengan emolumen yang menarik, sudah tentu sistem perkhidmatan awam tersebut menjadi korup dan kurang cekap. Ini berlaku di India apabila Nehru mengamalkan sistem sosialis komunal dan Russia serta China yang mengamalkan sistem komunal bersepadu/ komunis. Walaupun negara-negara ini (India, China dan Russia + negara-negara Eropah timur sebelum 1989) mempunyai jumlah penduduk yang besar, namun produktiviti, inovasi dan taraf hidup mereka tidak meningkat malah jatuh merundum.

5. Walaupun terdapat bukti jelas yang menyatakan bahawa sistem komunal yang berteraskan semangat nasionalis, bersifat bersama (komunal – asal kepada perkataan komunisme) dan berdisiplin tinggi ini dibuktikan tidak berjaya diaplikasikan di Rusia, China, India dan negara Eropah Timur dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka, masyarakat di Malaysia masih lagi keliru akan hala tuju sistem ekonomi yang perlu diikuti (samada komunal ataupun kapitalis).

6. Antara contoh kes kegagalan sistem komunal yang bersifat berpusat ini dilaksanakan dapat dibuktikan dengan kegagalan pembangunan industri automobil - Morris (hak milik kerajaan British yang dibeli oleh kerajaan Nehru India pada awal 50an) dan juga Lada (kenderaan Russia) di dalam pasaran/ market yang cukup besar dan jika diamati dengan logik akal mampu menawarkan modal dan pulangan pendapatan yang menguntungkan melalui kuasa beli dan kehendak pengguna yang besar di India dan Russia.

7. Walau bagaimanapun terbukti bahawa walaupun kedua-dua negara tersebut (India dan Russia) mempunyai jumlah penduduk yang tinggi, sistem ekonomi komunal (yang pada mulanya dikenali sebagai sistem ekonomi yang menekankan prinsip nasionalis, sayangkan negara dan berdisiplin yang tinggi) tidak berjaya untuk berinovasi dan bersifat kreatif malah tidak mampu menawarkan produk-produk baru yang berinovasi tinggi. Ini seterusnya mengurangkan semangat pembaharuan dan persaingan serta mengurangkan produktiviti yang berdaya tinggi.

8. Morris yang dibeli oleh Nehru bertujuan untuk membangunkan industri kenderaan di India hanya mampu menawarkan model jenis Ambassador yang masih kekal dikeluarkan dari tahun 50an hingga hari ini (banyak dijadikan teksi hitam-kuning di India) dan Lada keluaran Russia hanya boleh di bawa pada kelajuan 60 KM/j walaupun speedometer tercatat kelajuan maksimum adalah 120 KM/j (Pembelian Lada akan disertakan dengan sebuah manual penggunaan kenderaan ini kepada setiap pemilik yang membelinya). Ini adalah contoh kegagalan sebuah sistem ekonomi yang mempunyai niat bagi mencipta kesaksamaan tetapi berakhir dengan kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.

9. Diakui bahawa kekeliruan bagi masyarakat pengguna di Malaysia untuk memilih samada sistem kapitalis sepenuhnya ataupun sistem ekonomi berpusat mendorong kepada perlakuan dan keputusan yang tidak tepat diambil didalam kehidupan seharian samada berkaitan bidang kerja ataupun pencarian sumber rezeki/ kewangan yang baru. Ini seterusnya memperlahankan proses pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat yang sepatutnya berlaku pada kadar yang lebih pesat setelah runtuhnya sistem komunal pada tahun 1990an.

10. Saya kira tidak terlambat untuk saya menegaskan bahawa pada ketika ini, untuk mencari kekayaan adalah menjadi satu keperluan dan tanggungjawab moral yang paling besar bagi rakyat Malaysia. Dengan mempunyai kelebihan ini, barulah peningkatan taraf hidup pengguna seharian mampu dilakukan. Usaha peningkatan taraf hidup masyarakat ini hanya akan lebih berkesan dilakukan oleh individu dan badan swasta berbanding dilakukan oleh penggerak kerajaan dan individu ini boleh dicipta melalui sistem kapitalis yang kreatif dan berkesan.
11. Masyarakat pengguna di Malaysia perlu dididik bahawa perbelanjaan yang kreatif dan bijak tidak akan merugikan malah akan membantu kepada pencapaian keuntungan samada secara fizikal ataupun melalui pencapaian esteem diri yang tinggi. Sesuatu perbelanjaan yang dilakukan bagi bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan lain adalah satu keperluan (di gelar sebagai bajet – setiap belanja akan mendatangkan keuntungan samada fizikal ataupun kepuasan diri). Setiap perbelanjaan yang dibuat pasti tidak semua akan menjanjikan keuntungan wang ringgit, tetapi akan membantu kepada pencapaian objektif yang dirangka dan pencapaian objektif ini mampu dicapai dengan baik dan menjimatkan (dari segi masa dan perbelanjaan pada masa hadapan).

12. KERAJAAN perlu mengguna pakai sistem kapitalis secara kreatif bagi meningkatkan taraf hidup pengguna seharian terutamanya di dalam keadaan ekonomi yang kompetitif dan mencabar. Proses evolusi ini perlu dilakukan bukan dengan mengurangkan/ merendahkan taraf hidup pengguna tetapi melalui galakkan perbelanjaan pengguna secara kreatif tanpa mengorbankan taraf hidup yang dinikmati sebelum ini.

13. Sebagai contohnya, jika pada waktu dahulu seseorang pekerja perlu berada secara fizikal pada sesuatu tempat untuk melakukan kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan, perubahan boleh dilakukan di mana seseorang boleh berada di beberapa tempat dalam sesuatu masa. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi terkini seperti VC/ telefon mudah alih dan kaedah ini mampu menjimatkan kos serta meningkatkan produktiviti pada satu-satu masa tanpa perlu mengorbankan taraf hidup seseorang individu. Saya secara peribadi menjangkakan akan tiba suatu hari nanti seseorang pekerja di Malaysia boleh beroperasi dari rumah kediaman (keadaan ini sudah berlaku di U.S. dan Eropah).

14. Di dalam sistem kapitalis, peranan sebagai badan pengawal/ kerajaan adalah untuk memperuntukkan kaedah dan mengenakan tindakan kepada pihak industri/ peniaga agar mengikut peraturan perniagaan yang adil. Peranan intervensi secara langsung perlu dikurangkan di dalam sesebuah pasaran tetapi peranan pengawal perniagaan ini boleh beralih kepada badan yang menawarkan kaedah dan badan pendesak kepada perubahan sesebuah operasi perniagaan bagi membantu mereka mendapatkan keuntungan maksimum tanpa perlu menekan pihak pengguna.

15. Sebagai contoh galakkan/ insentif kepada sebuah syarikat makanan bagi memfortifikasikan sesebuah produk makanan agar mengandungi nutrien yang tinggi dan produk makanan ini boleh diambil pada kadar yang sedikit (GM food). Terdapat juga galakkan dan usaha tidak langsung daripada pihak kerajaan untuk galakkan penjualan sesebuah produk dan sebahagian daripada keuntungan produk ini boleh didermakan untuk tabung pendidikan golongan miskin. Prinsip utama program pembangunan ini adalah tiada penyertaan langsung daripada kerajaan tetapi hanya sebagai badan penggalak.

16. KERAJAAN boleh juga menggalakkan pengeluar produk seperti alat elektrik kegunaan harian untuk mengeluarkan produk yang menggunakan kadar watt yang rendah. Ini hanya boleh dilakukan di dalam sistem kapitalis yang aktif kerana sistem kapitalis itu akan mendatangkan keuntungan dan melalui keuntungan ini, proses inovasi dapat dilakukan. Proses inovasi dan pembangunan sesebuah produk dalam sesebuah ekonomi kapitalis adalah tidak dapat dipisahkan. Ini dibuktikan dengan pengeluaran produk seperti yang ditunjukkan oleh Henry Ford melalui pengeluaran Model-T pada 1914 hinggalah kepada pengambilan risiko yang tinggi oleh Muhammad Yunus di dalam menawarkan kredit mikro kepada peminjam melalui Grameen Bank. Proses inovasi ini tidak hanya tertakluk kepada R&D sesebuah produk, tetapi juga cara gaya pengurusan sesebuah organisasi.

17. Untuk memungkinkan keberkesanan sistem Kapitalis di kalangan pengguna di Malaysia, persepsi negatif kepada sistem kapitalis ini perlulah diubah. Fokus masyarakat di Malaysia perlu diletakkan pada landasan yang betul iaitu ke arah sistem kapitalis yang berkesan. Pihak swasta dan usahawan yang berjaya di dalam sesebuah perniagaan perlu sentiasa diingatkan bahawa keuntungan dari hasil perniagaan mereka adalah juga perlu diberi kepada pembanguan sosial sesebuah masyarakat seperti pembinaan perpustakaan, universiti, taman-taman dan biasiswa untuk pembelajaran. Jika pihak swasta dan usahawan sedar akan kepentingan sinergi antara usaha pembangunan dan tanggungjawab sosial dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat ini barulah konsep kepenggunaan lestari dapat dijadikan realiti.

AHMAD SYAH EJAZ BIN HJ. ISMAIL

3 comments:

burn3a80 said...

jadi sistem ekonomi kapitalis byk mndtgkn klebihn lah????bagaimana dgn dosa dan pahala???sya xrase yg kita akn sentiasa kekal di dunia yg maju ini

burn3a80 said...

jadi sistem ekonomi kapitalis byk mndtgkn klebihn lah????bagaimana dgn dosa dan pahala???sya xrase yg kita akn sentiasa kekal di dunia yg maju ini

Teddy said...

you need to read more books on economy and don't fall to the trap of some religious preacher who preached capitalism is against Islam. The prophet went to jerusalem and damascus where he got involved in trades and individual ownership. he understand economy and preaches that 90% of wealth came from business.

adam smith coined that it's not from the benevolence of the butcher or the baker that we got our food everyday, but from their own interest. the concept is the same. u might not understand what i'm trying to say here, but please start with reading a books written by someone like milton friedman, john maynard keynes, john kenneth galbraith or maybe a start a doctor in the house.

thanks for the views anyway.

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy