A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Tuesday, 30 June 2009

Mencipta Masyarakat Berpendapatan Tinggi di Malaysia


Oleh : Ahmad Syah Ejaz Bin Hj. Ismail


Pengenalan


Tidak dapat dinafikan bahawa bagi sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, pencapaian Malaysia di dalam membangunkan ekonomi dan usaha meningkatkan taraf hidup masyarakatnya adalah sangat membanggakan. Penglibatan setiap lapisan masyarakat dalam meningkatkan kadar pendapatan masing-masing yang turut dipupuk melalui pengenalan polisi ekonomi yang tepat bukan sahaja telah mencipta kuasa beli yang besar di kalangan penduduk berbilang kaum malah turut meningkatkan taraf hidup sosial dan pembasmian kemiskinan secara keseluruhan. Ini berlaku melalui usaha dan galakkan kerajaan dalam memberi peluang kepada sektor swasta untuk bergerak sendiri dalam membahagikan sumber-sumber kekayaan ekonomi negara tanpa terlalu mengharapkan belas ehsan aliran modal daripada Kerajaan.


Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa semua polisi-polisi pembangunan yang dilaksanakan sejak merdeka adalah pada ketika dunia menyaksikan ideologi Kapitalisme dan Komunisme masih belum dapat dibuktikan keberkesanan masing-masing. Keadaan pasaran yang tertutup pada ketika itu terutamanya bagi negara-negara blok Komunis seperti Russia, China, Cuba, Vietnam dan Negara-negara Eropah Timur pada ketika itu telah menekan potensi pasaran yang wujud daripada berkembang dan bersaing dengan pesat. Namun setelah kejatuhan sistem Komunisme pada tahun 1992 di Rusia, keburukan sistem Komunisme secara jelas dapat dilihat terutamanya dalam penawaran produk yang tidak berkualiti dalam sesebuah pasaran serta pengurusan sumber kekayaan yang korup dan tidak terurus menyebabkan semua negara-negara di dunia mula untuk bersikap lebih terbuka kepada persaingan produk luar dan bersikap kritikal responsif terhadap keterbukaan sistem pasaran di dalam negara masing-masing. Keadaan ini menggalakkan penambahbaikan kepada produk sedia ada di dalam sesebuah pasaran dek kesedaran peri pentingnya persaingan dan kelangsungan operasi sesebuah perusahaan yang dilakukan.


Keterbukaan pasaran yang mula wujud bermula dari tahun 1992 ini menyaksikan faktor persaingan mula mempengaruhi keadaan pasaran di dalam sesebuah negara dan faktor ini bukan sahaja mempengaruhi kerancakan aliran modal masuk ke dalam sesebuah negara, malah turut mencipta peluang pasaran baru di sesebuah tempat. Faktor ini juga telah menggalakkan inovasi produk kepenggunaan yang lebih canggih dan mesra pengguna serta bersifat ekonomikal. Ditambah dengan peningkatan ilmu pengetahuan masyarakat, keadaan pasaran yang cukup positif dalam era globalosasi ini telah mencipta satu trend dimana kuasa beli adalah penentu segala-galanya. Dengan menggunakan kuasa beli yang ada inilah pasaran dikembangkan dengan lebih rancak dan pesat manakala bidang tugas Kerajaan yang memerintah adalah lebih berfokus kepada isu-isu melibatkan soal keselamatan, polisi fiskal dan penggalakkan pelaburan melalui usaha pemberian insentif suasana pembangunan yang membina di dalam sesebuah negara.


Persaingan dalam pasaran dunia baru


Persaingan yang wujud di dalam dunia pada era pasca perang dingin ini telah mempengaruhi peningkatan kadar pendapatan isirumah dengan mendadak. Ini berlaku apabila keadaan pasaran yang terbentuk pada era baru ini banyak mencipta peluang pendapatan samada secara langsung (secara fizikal seperti penawaran produk-produk) atau tidak langsung (pasif atau konsultansi seperti perkhidmatan). Keadaan pasaran baru ini juga turut menyumbang kepada kesuburan proses demokrasi dan kuasa rakyat seperti kebolehdapatan ilmu pengetahuan dan capaian maklumat-maklumat terkini tanpa batasan melalui aplikasi ICT yang terbukti turut menyumbang kepada ketelusan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memperkemaskan integriti sesebuah kerajaan memerintah.


Perubahan kerancakan pembangunan ekonomi negara dapat dilihat dengan jelas melalui perbezaan penawaran jenis pekerjaan di dalam negara. Jika pada dekad 1970-an, 1980-an dan 1990-an, negara banyak menyaksikan penawaran peluang kerja kolar biru terutamanya pada industri pembuatan di Malaysia. Perbezaan transisi jenis pekerjaan ini berlaku dengan lebih pesat pada era 1990-an di mana tenaga buruh di Malaysia mula beralih kepada jenis pekerjaan berpendapatan kelas tinggi yang berasaskan kepada ekonomi yang dijanakan oleh ilmu pengetahuan dan pasaran yang lebih terbuka dan pelbagai pada ketika itu berbanding dekad 70-an dan 80-an.


Perbezaan tawaran peluang pekerjaan ini berlaku berlaku berikutan evolusi kuasa beli dari rakyat Malaysia dari dekad 70-an hingga 90-an yang secara tidak langsung mencipta peluang pendidikan untuk penambahbaikan heirariki pekerjaan khususnya pendapatan rendah kepada pendapatan yang lebih tinggi. Faktor peluang pendidikan yang lebih luas di institut pengajian tinggi dan rantaian tambahan kepada kuasa beli ketika itu yang mula digembling bagi mencipta keuntungan berganda di dalam sesuatu perusahaan, telah membantu meningkatkan kadar pendapatan rakyat Malaysia sedikit demi sedikit. Keadaan ini adalah bergantung kepada situasi pasaran ketika itu yang lebih bersifat terbuka di mana negara bukan sahaja banyak menerima pelaburan asing dari syarikat transnasional dengan cukup banyak tetapi juga berikutan faktor persaingan dari negara-negara Komunis yang masih belum wujud seperti China, Vietnam, Kemboja dan Laos.


Dwipolar pasaran yang wujud ini telah menghadkan potensi pasaran buruh dan menyekat persaingan wujud dari kalangan negara blok Komunis kepada pasaran buruh dari Malaysia. Keadaan ini memberikan kelebihan relatif kepada pasaran kerja dari Malaysia dan menarik minat pelaburan asing luar berikutan pasaran pekerjaan di Malaysia adalah kompetitif.


Walau bagaimanapun, perubahan pasaran dunia yang berlaku pada abad ke 21 telah menyebabkan pasaran buruh di Malaysia berubah. Ciri pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia kini tidak lagi bertumpu kepada spesifikasi tugas yang banyak melakukan kerja-kerja bersifat operasi linear seperti pemasangan produk di sektor perkilangan, tetapi lebih kepada menggerakkan ilmu pengetahuan (Knowledge Economy) bagi mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui pelaburan produk dan ekplorasi niche market yang lebih mendatangkan keuntungan.


Kelebihan K-ekonomi ini adalah sangat tinggi di mana ianya membantu kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dalam menggunakan sumber yang sedikit dengan lebih efisyen. Ini dapat dilihat di negara Jepun apabila mereka membincangkan berkenaan peluang pekerjaan operasi linear (buruh kasar) dan menganggap pekerjaan sebagai liabiliti dan penghalang kepada potensi buruh Jepun kepada pengembangan ekonomi yang lebih besar dan menguntungkan. Kerana itu, pasaran di Jepun dan banyak negara maju tidak pernah mengalami masalah kekurangan bekalan makanan walaupun negara mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang produk berasaskan makanan untuk dieksport.


Perusahaan perniagaan yang berlaku di dalam pasaran yang lebih terbuka seperti kini tidak lagi beroperasi di atas sebab arahan dan obligasi kepada kerajaan memerintah tetapi lebih kepada pengembangan prestasi kapital dan keuntungan syarikat dan usaha ini secara tidak langsung akan meningkatkan kesejahteraan hidup komuniti yang menjadi hos kepada syarikat K-ekonomi ini beroperasi. Ini dapat dibuktikan apabila banyak syarikat-syarikat swasta mula menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lestasi dan seimbang seperti peruntukan kewangan swasta bagi pembinaan rumah anak-anak yatim, pembinaan tempat ibadah, aktiviti sukan dan rekreasi berbanding komuniti dahulu yang hanya bergantung harap semata-mata kepada dana peruntukan daripada kerajaan memerintah.


Bersambung...


Rujukan:

  1. Post-Capitalist Society, Peter F. Drucker, HerperBusiness New York, 1994

Wednesday, 17 June 2009

Langkawi

Dr. Ng pointing us a crystal formation at the pre-jurassic stone in Biodiversity Garden (private ownership) at Langkawi

17 June 2009 - For two days I had a chance to follow a delegates to watch and examine what went wrong in Langkawi, especially in their 16% decrease of tourist. We had a chance to visits Kilim Geopark, Galeria Perdana and others appealing places. The attractions is still there, but the efforts to attract tourist had long gone.

It comes to my mind, what had happened to Kampung Tok Senik, Makam Mahsuri and others? People had forgot so much about Langkawi. I spoke to one of the MCA representatives on the boat while we were touring Kilim Geopark to watch the Eagles, and to my amazements, that Chinese guys knew so much about Langkawi, it's legends and history and he loved Langkawi so much. But then, his thoughts in packaging Langkawi were thrown out by the responsible authorities. We need more thinking mind like him and we need a fast follow suit action.

So much need to be done to revamp Langkawi...

to be continue

Sunday, 14 June 2009

Optimism is what we lack of... plus capital flow..

14 Jun 2009 – The world market is still at stagnant mode and nothing much had change since the fall of the Lehman Brothers. But the good news is that the ripple effects of the Lehman Brothers bankruptcy did not drag the whole financial bodies down with it. The last time I check we are trading well even though not the amount of the pre-2008 crash. Nonetheless we are seeing the aftershock of the Capitalism market that are moving towards an equilibrium (George Soros would disagree with me), when the inefficient market players such as General Motors are going down under.


Perhaps we should let GM fall, then we would have crumbling pieces of GM tech know-how to be distributed among the new players that are willing to take risk and innovate according to the consumer demands. GM indeed had been too big to handle and it tend to be too fragile for American entrepreneurship to delve with. GM is being selfish and too communist to stay alive. Let it fall.


I’m not worrying about General Motors so much because it only will drag the inefficient American market players down. What do I’m worried much is that since the fall of the Lehman Brothers and the fall of the crude oil price, nothing had change in the pattern of how worldwide consumers spends especially in energy consumptions. We still relied heavily on the crude oil for our daily chores and plus the amount of our dependency is increasing.


Are we really bother much about the root causes of the world terrorism? I bet we don’t, because we still let the Saudis Petrodictators dictate our consumerism and inadvertently we ourselves are funding the bigotry schism in the middle east and Afghanistan (plus some areas where we considered Saudis way of life is absolute – in Malaysia). Change must happen and it must happen now.

Friday, 12 June 2009

Kind words from a friend...

"Teddy, i don't know what to say, but i will say what i know. Like John C Maxwell said " Any destination you desire in life, its purpose must be your driver" And i believe, Excellence is never granted to man, but as a reward of a great labour. You are on the right track and your success is ever sure. All the best Teddy." - Michael Nwaokeke, Nigeria.

Thanks Michael for your kind words, it really inspired and motivate me a lot. God bless you friend.

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy