A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Saturday, 3 October 2009

Signifikasi Sumbangan Sukan Formula 1 Kepada Pembangunan Negara

1Malaysia F1 Team

Oleh: En. Zahri Ismail

Pengarah 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd.


Pengenalan


Rakyat Malaysia secara keseluruhannya menyambut baik usaha syarikat tempatan 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd. di dalam ekspedisi perlumbaan Formula 1 bermula pada tahun hadapan. Ucapan tahniah wajar diberikan kepada syarikat ini dan pihak yang berkaitan seperti Tune Group, Naza Group dan Litespeed UK kerana berjaya mencipta sejarah sebagai syarikat nasional Malaysia yang pertama berjaya mendapatkan hak perlumbaan sebagai salah satu daripada pesaing dari kalangan 13 pasukan yang disahkan akan bertanding di dalam perlumbaan F1 untuk tahun 2010. Hak perlumbaan syarikat 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd. ini mendahului pasukan terkemuka BMW Sauber yang diletakkan di grid 14 (wildcard) berbanding pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia walaupun baru pertama kali didaftarkan di bawah FIA. Ini menunjukkan betapa yakinnya FIA kepada pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia untuk bersaing di dalam sukan yang paling berprestij di dunia.


Penubuhan pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini adalah amat bertepatan dengan usaha pembudayaan kecemerlangan dari kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang diwar-warkan sebelum ini oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia melalui konsep 1Malaysia. Pasukan Litespeed yang berpusat di Norfolk, United Kingdom yang berjaya mendapatkan hak penggunaan nama pasukan Lotus F1 ini akan menggembling tenaga dan fikiran serta modal bersama Tune Group dan NAZA Group dan pasukan Lotus F1 Team ini akan diuruskan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia melalui syarikat 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd. Berkat sokongan penuh kerajaan Malaysia melalui penyaluran pelaburan dan modal untuk rancangan pembangunan jangka panjang pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini melalui Proton Holdings Bhd. yang memegang ekuiti terbesar Lotus Company, usaha pasukan Lotus F1 Team ini akan memberikan pulangan jangka masa panjang kepada aspek pengembangan ilmu pengetahuan terutamanya dari sudut teknologi dan teknikal kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya khusus di dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.


Pengurusan anak tempatan


Pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini akan menyertai beberapa pasukan baru yang turut mendapat kelulusan untuk bertanding pada tahun 2010 iaitu pasukan dari Sepanyol Campos, Manor Motorsports dari UK, dan USF1 dari Amerika Syarikat.


Matlamat pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini akan bertambah menarik dan sengit berikutan matlamat kita adalah seakan sama dengan usaha dan matlamat pasukan baru USF1 dari Amerika Syarikat dimana pasukan USF1 ini akan diketuai oleh pemandu veteran F1 iaitu Peter Windsdor dan Ken Anderson di dalam usaha mereka untuk turut membuktikan keupayaan teknologi, keupayaan pemandu dan semangat juang Amerika Syarikat untuk bertanding di dalam siri perlumbaan berteknologi tinggi F1.


Untuk permulaan, enjin yang digunakan oleh pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini akan menggunakan teknologi dari Cosworth, teknologi transmisi dari Xtrac dan teknologi aerodinamik dari FondTech serta pusat kecemerlangan pasukan ini akan beribu pejabat di Kilang RTN di Norfolk, England. Lotus F1 Team 1Malaysia juga berjaya mendapatkan hak pajakan untuk penggunaan Kilang RTN di Norfolk yang terletak 10 kilometer dari Kilang Lotus (milik Proton Holdings Bhd.). Rancangan pembangunan berkala untuk pasukan Lotus F1 ini telah direncanakan untuk dipindahkan dari Britain ke Litar F1 Sepang secara keseluruhan untuk tempoh 10 tahun akan datang sehingga pusat kecemerlangan baru dibina dikawasan seluas 8 hektar di Sepang yang mampu menempatkan pusat penyelidikan berkeupayaan tinggi dari aspek teknikal dan pembuatan menjelang 2020. Usaha pembangunan pusat kecemerlangan teknologi automotif berimpak tinggi di Sepang ini merangkumi pusat R&D F1 dan terowong angin yang secara tidak langsung akan menambahkan kapasiti pembangunan modal insan di Malaysia selain daripada pusat kecemerlangan R&D milik Proton di Shah Alam. Setakat ini kawasan seluas 8 hektar di Sepang telah dikenalpasti sebagai pusat kecemerlangan bagi penyelidikan dan pembangunan pasukan Lotus F1 Team di Malaysia.


Walaupun pada mulanya pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini akan diuruskan secara bersama dari kalangan orang asing dan anak tempatan, namun usaha pemindahan teknologi dan perkongsian ilmu pengetahuan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga diuruskan secara 100% oleh anak tempatan termasuk dari sudut teknikal. Dengan adanya pasukan F1 Team yang diuruskan oleh anak tempatan ini, ia akan membantu dan melonjakkan negara sebagai sebuah negara yang mengutamakan prestasi pencapaian dan kecemerlangan terutamanya di dalam industri berteknologi tinggi dan menggalakkan inovasi produk baru dan menekankan industri pembuatan. Usahasama yang dicapai secara tempatan antara Lotus F1 Team 1Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS di dalam inovasi produk berkelas tinggi seperti F1 ini akan membantu mencipta peluang kerjaya dan pembangunan insan kepada anak tempatan bagi memperkembangan bakat dan ilmu pengetahuan yang diperolehi khususnya di dalam sukan F1 dan industri automotif tempatan.


Kejayaan aspek pengurusan pasukan Lotus F1 ini bergantung kepada pencapaian keseluruhan pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia untuk lima tahun akan datang. Sehubungan itu, sokongan yang jitu adalah diperlukan dari semua organisasi dan segenap lapisan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini berjaya khususnya dari sudut promosi dan penglibatan secara langsung dan tidak langsung.


Sumbangan sukan F1


Sukan F1 ternyata telah terbukti dalam meletakkan Malaysia di peta dunia sejak tahun 1999. Sukan F1 ini juga turut menyumbang kepada aspek promosi negara sebagai sebuah pusat kecemerlangan dan pusat pelancongan unggul di dunia. Untuk berada dari kalangan negara yang berjaya menganjurkan sukan paling berprestij ini akan berjaya membuktikan betapa masyarakat dan suasana pasaran ekonomi di Malaysia adalah stabil dan berimpak tinggi. Ini akan membuktikan secara tuntas kepada dunia bahawa Malaysia adalah sehebat negara-negara maju di dunia khususnya yang turut menganjurkan sukan F1 seperti Jepun, Monaco, Itali, Sepanyol, Jerman dan banyak lagi.


Tidak hairanlah negara kecil seperti Singapura turut berusaha untuk menganjurkan sukan F1 walaupun Litar F1 Sepang telah diberikan hak penganjuran bagi rantau Asia Tenggara sehingga tahun 2015. Saingan sengit dari negara jiran ini membuktikan betapa sukan F1 berjaya mempromosikan sesebuah negara dari sudut pelancongan sukan jika diambil kira jumlah penonton yang mengikuti sukan F1 ini adalah sebanyak 800 juta orang dari seluruh dunia setiap dua minggu sekali. Perlu diingatkan juga, pengikut sukan F1 adalah terdiri daripada golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi dan ini bermakna mereka akan turut melancong ke negara-negara yang menganjurkan sukan tersebut membawa aliran tunai yang akan memberikan pertumbuhan positif kepada aspek pembangunan negara. Kelebihan relatif ini turut mempromosikan produk pelancongan yang ada di Malaysia secara tidak langsung. Maka tidak hairanlah Jean Todt (Pengarah Teknikal Ferarri) telah dipilih sebagai duta pelancongan oleh Malaysia berikutan pengaruh beliau yang besar yang mampu diberikan ditarik dalam mempromosikan Malaysia bukan sahaja dari kalangan mereka yang terlibat di dalam sukan F1, malah peminat F1 secara keseluruan dari seluruh dunia.


Dengan melibatkan diri di dalam sukan F1 ini juga, mana-mana syarikat dan organisasi swasta mampu mempromosikan produk mereka kepada pasaran yang lebih luas khususnya kepada kalangan penduduk negara maju yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. Ini dapat dilihat melalui pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar di dalam program penajaan mereka kepada mana-mana pasukan F1 yang bersaing seperti penajaan yang telah dilakukan oleh pasukan PETRONAS sejak tahun 1995. Penajaan yang dilakukan oleh PETRONAS ini telah berjaya meletakkan jenama PETRONAS sebagai sebuah produk berprestasi tinggi dan ini dibuktikan melalui penglibatan di dalam sukan berimpak luar biasa seperti F1. Memegang kepada asas inilah maka PROTON turut melihat kepada usaha pembangunan pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia sebagai eksperimen terbaik bagi pembangunan produk-produk PROTON yang berprestasi tinggi dan mampu dibuktikan melalui siri perlumbaan yang bersifat ‘cutting edge technology’ ini. Usaha ini akan menambahkan keyakinan dari kalangan pembeli kepada produk buatan PROTON.


Kesan tidak langsung pula adalah untuk pembangunan jangka masa panjang kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan seperti pembangunan dan pembuatan kenderaan yang ekonomikal, selamat serta bersifat efisien tenaga yang boleh dicapai melalui R&D pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia. Sebagai contohnya, dalam pembinaan kenderaan daripada bahan komposit yang selamat bukan sahaja akan mencipta kenderaan bersifat mesra alam, malah selamat serta mampu milik. Secara keseluruhannya, pelaburan yang dibuat ke atas Lotus F1 Team 1Malaysia akan memberikan kelebihan secara relatif kepada aspek teknologi, industri pembuatan dan sosio budaya kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Penutup


Pasukan Lotus F1 Team 1Malaysia ini bukan dimiliki oleh beberapa kumpulan individu sahaja, malah adalah hak milik semua rakyat Malaysia. Di dalam pembentukan pasukan ini, semangat “1Malaysia”, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan menjadi teras pegangan dan prinsip pembentukan. Kejayaan pasukan ini akan membuktikan kebersaingan rakyat Malaysia di pentas antarabangsa. Ianya akan turut membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu untuk menguruskan pasukan berimpak tinggi yang mampu bersaing dengan cekap menggunakan inovasi produk berteknologi tinggi dari sumber dan idea tempatan.


[Tun Teddy would be involve closely with the 1Malaysia F1 Team project, feel free to give your views and ideas on the establishment of these high impact cutting edge team]

No comments:

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy