A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Saturday, 14 August 2010

Tiada garis sempadan budi...

Teddy di tempat baru

Salam Ramadhan kepada semua. Sudah agak terlalu lama telah saya tinggalkan blog ini tanpa sebarang berita terkini serta maklumat dan informasi yang boleh kita kongsikan bersama. Saya akui waktu yang telah saya korbankan sewaktu bertugas di Tourism menyebabkan saya tidak mempunyai waktu untuk menulis di ruangan blog ini lantas perkara ini turut mengecewakan diri saya. Pengalaman yang saya perolehi dan dapati sewaktu bertugas di Tourism sangat bermakna. Bukan sahaja Allah s.w.t. telah mendidik saya berkenaan pengertian budi dan etika profesionalisme, malah Allah s.w.t. juga telah kurniakan saya kumpulan sahabat yang sangat mengerti dan memahami dan saya sangat bersyukur kepada-Nya.

Benarlah kata orang tua-tua, kadang-kala kita tidak akan menghargai apa yang ada di depan mata melainkan jika ianya sudah dibawa pergi. Saya sangat rindukan sahabat-sahabat saya di Tourism kerana mereka sudah saya anggap seperti saudara kandung sendiri. Namun saya juga akur dan menerima hakikat bahawa kepakaran saya amat diperlukan di tempat lain, lebih-lebih lagi di dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara yang bertuah ini.

Ingin saya kongsikan pengertian budi dan nilai mulia. Nilai yang dipegang oleh seseorang manusia akan menentukan kejayaan hidup dirinya pada masa hadapan. Kejayaan seseorang individu tidak akan ditentukan oleh keluarga atau asal keturunan ataupun dijanjikan dengan tahap pendidikan yang diperolehinya. Tetapi kejayaan seseorang manusia amatlah dipengaruhi oleh nilai hidup yang dipegang erat dan dijadikan telunjuk untuk dirinya menghadapi hari-hari mendatang. Benar pendidikan adalah sesuai perkara yang perlu dan menjadi tanggung jawab diri kita terutamanya umat Islam untuk mencari ilmu, namun ilmu tanpa amal tidak akan menjanjikan apa-apa di dalam kehidupan. Kerana itu Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang.

Allah s.w.t. hanya akan menyayangi hamba-Nya yang tertentu sahaja. Kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya dicurahkan dengan pelbagai cara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Seseorang individu itu akan merasa dirinya disayangi oleh Penciptanya apabila sampai waktunya. Nilai hidup yang mulia ini sukar untuk diperolehi. Ianya tidak akan diperolehi di mana-mana institusi pengajian samada di sekolah mahupun di universiti. Nilai hidup mulia ini juga tidak mampu diperturunkan oleh seorang ayah atau ibu yang beriman. Nilai hidup yang mulia adalah kurniaan Allah ke atas seseorang hamba-Nya yang disayangi-Nya.

Namun Allah s.w.t. juga mengurniakan hamba-Nya dengan pelbagai deria untuk melihat dan mempelajari nilai ini. Nilai ini diperolehi daripada pelbagai tempat, manusia lain mahupun binatang serta tumbuhan hijau. Penghargaan ke atas nilai ini akan menyebabkan manusia itu lebih menghargai penciptanya dan juga keseluruhan alam. Lantaran itu memberi ilham untuk dirinya lebih berjaya di alam ini. Ilham adalah sesuatu yang tidak diperolehi begitu sahaja, kerana ilham ini diberikan oleh Allah Taala ke atas hamba-Nya yang disayangi.

Pelajarilah nilai mulia ini dari sekeliling, kerana nilai ini akan memberi petunjuk dan hidayah yang jelas ke arah kejayaan dan juga keredhaan Allah. Seseorang yang mempunyai nilai hidup yang mulia akan lebih berbudi tanpa mengira sempadan yang wujud serta tanpa mengharapkan balasan. Seseorang yang mempunyai nilai hidup yang mulia juga tidak akan mengenal erti kalah dengan mudah. Mereka akan mempunyai hati yang cekal dan berwawasan serta dalam masa yang sama disayangi oleh Allah. Orang yang bernilai tinggi juga tidak bersifat pendendam dan lebih menghargai budi orang lain.

Antara kaedah yang mudah untuk memperolehi nilai hidup ini adalah dengan merantau melihat tempat orang lain, membaca dan menghayati nilai-nilai sastera yang bermutu tinggi termasuk sastera dari luar negara dan seseorang itu juga boleh menghayati susunan lagu-lagu terbaik yang menusuk kalbu. Kerana semua nilai di atas adalah dibuat dengan hati yang penuh dan diisi dengan nilai-nilai tertentu. Semuga kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang disayangi oleh Allah dan semuga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.

3 comments:

nandre said...

helo bro teddy,

tu la dia, kalau dok kat Tourism memang camtulah keadaanya. serupa lah macam abg aku asyek bizi ja memanjang.

anyway, tajuk posting hang nie ada macham lirik lagu jamal abdillah.. penghujung rindu...

Teddy said...

hang mmg pandai nan. salam ramadhan kareem. God bless u always.

nandre lagi said...

makaseh sahabat gua..

layan lagu tu beb. amacam raya nanti, banyak program kot kat Tourism tu..

KP pon dah glamer skrg nie.

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy