A Tale To Tell & Remember

I'm very much inspired by the words of Thomas L. Friedman in his book "The World Is Flat" which renders about the influence of bloggers in this new age. I want to keep the highest integrity and honesty in posting my words to the world. This blog act as a testimony to my alacrity of sharing information with the borderless world. Hope we can share a high regards of veracity and chivalry with this blog because that's why it is here. So help me God!

Visit Malaysia

Visit Malaysia
Malaysia Truly Asia

Monday, 26 November 2012

Sahabat

Agus dan Teddy di Ipoh, Perak
Sengaja pada makalah kali ini saya ingin menukar bahasa perbicaraan kepada Bahasa Malaysia. Pengalaman sebulan yang saya tempuhi di Ipoh, Perak masih menusuk kalbu. Kepayahan dan kejerihan hidup dalam latihan intensif yang diadakan selama sebulan itu benar-benar menguji minda dan fizikal diri ini. Ada kalanya terlintas dibenak pemikiran untuk saya mengemas pakaian dan barang-barang dan pulang sahaja ke rumah di Kajang untuk menikmati kehidupan selesa seperti sedia kala. Namun gerak hati kecil saya menyatakan mungkin inilah tempatnya yang paling sesuai untuk diri saya sekarang. Jika bukan sekarang, bila lagi?

Kecekalan hati yang saya tempa kan pada semangat seakan besi untuk tidak menyerah kalah disertakan dengan contoh-contoh semangat dari sahabat-sahabat sekeliling membuatkan saya berasa amat bersyukur kerana membuat keputusan untuk menempuh tempoh perit jerih sebulan di Ipoh. Tetap tidak saya amat berterima kasih kepada beberapa sahabat yang menjadikan Ipoh seakan-akan rumah sendiri dan tidak jauh dari kasih sayang sahabat handai dan keluarga terdekat. Kami sama-sama bangun pagi, menempuhi PT, makan, tidur dan diuji mental berkali-kali oleh jurulatih yang ingin melihat kemampuan diri kami.

Pada ketika kami diuji dengan pelbagai ujian yang mencabar minda dan fizikal, sifat keperwiraan sahabat-sahabat yang menjalani latihan sekali lagi sentiasa menjadi pemangkin diri untuk cuba membaiki diri ini menjadi insan yang lebih baik daripada semalam. Tidak mungkin saya akan lupakan nama-nama sahabat seperti Agus, Abe Zul, Abang Zid, Mahathir, Adly, Shabri, Shobri dan lain-lain yang sentiasa mengingatkan saya betapa bersyukur dan bertuahnya Allah limpahkan hidup saya dengan pelbagai keistimewaan dan hadiah kebahagiaan bersahabat.

Pengalaman ketika kami berada di Bukit 83, pada waktu dinihari menanti cahaya pertama menusuk lembayung horizon diufuk timur, pasti akan sampai bila-bila terlekat diingatan betapa cantiknya pemandangan pada ketika itu walaupun diselubungi rasa sejuk yang menusuk hingga ke tulang. Pada waktu malam pula, dengan perbualan sahabat-sahabat yang menemani kami menggali kubu pertahanan menjadikan kerja yang cukup susah menjadi amat mudah sekali dilakukan tanpa menyedari waktu yang melewati.

Pengalaman, ilmu dan juga contoh yang saya perolehi akan sentiasa saya semat dihati agar ianya menjadi petunjuk kepada diri ini untuk sentiasa menyuluhi kehidupan orang-orang yang sentiasa memerlukan. Bukan niat utama untuk menjadi hero ataupun pahlawan, tetapi keputusan untuk menyertai latihan ini saya lakukan kerana untuk lebih mengenali diri sendiri dan memperbaiki kelemahan sedia ada. Rasanya tidak lengkap makalah ini jika saya tidak nyatakan akan keperwiraan sahabat saya yang bernama Agus. Orangnya pada fizikal amat biasa, tetapi hatinya amat cekal sekali. Mentalnya tidak mampu ditandingi oleh sesiapa yang saya kenali setakat ini. Beliau adalah pelatih contoh bagi saya dan banyak yang saya pelajari daripada sifat tidak mengaku kalah dirinya. Agus mempunyai kelebihan pada dirinya, ya jelas sekali. Beliau tidak menyerah kalah pada sebarang apa yang ditempuhi dan beliau sentiasa menerangi kami pada waktu kami diuji dengan rasa ragu-ragu diri kami sendiri. Saya salute kamu Agus!

Tidak juga saya lupakan sahabat-sahabat yang lain seperti Hadi, Mosly, Azmi, Cik Ah, Lim, Elridzuan dan lain-lain, saya berhutang nyawa dengan sifat baik kalian semua. Akan saya sematkan ke akhir hayat. Jika bukan kerana semangat, sifat kenakalan, dan lawak jenaka yang anda semua titipkan sepanjang berkursus, pasti kursus ini amat bosan dan tidak bermakna. Kepada Shahrilmie, ya! kita berjaya memberikan contoh kepimpinan yang terbaik, cukuplah pengiktirafan daripada sahabat sekeliling akan pimpinan kita pada serangan akhir. Saya tidak perlukan plak besi untuk menyatakan kejayaan kita, cukup perbualan kita pada hari terakhir kursus. Kalian semua adalah sahabat sejati saya.

Saya adalah manusia yang sangat lemah, tetapi berkat tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat ini, saya mampu memperbaiki serba sedikit kelemahan ini. Mereka menjadikan saya malu dengan sendiri bahawa saya mampu melakukan yang lebih baik berbekalkan kelebihan dan keistimewaan diri yang diberikan oleh Tuhan. Sahabat-sahabat yang bersama dengan saya di Ipoh, Perak selama 30 hari ini pastinya akan sentiasa kekal menjadi sahabat-sahabat saya hingga akhir hayat. Saya salute kamu semua!

Grenade!! Gempur wira!

No comments:

Faces of Tun Teddy

Faces of Tun Teddy